Messi tidak tersenarai

Messi tidak tersenarai

BUENOS AIRES, 2 Feb – Jurulatih Argentina, Gerardo Martino menegaskan sensasi negara itu, Lionel Messi tidak memburu pingat emas kedua Olimpik di Rio Ogos depan.

Martino menambah keputusan itu kerana dia tidak mahu bintang Barcelona berkenaan yang akan beraksi sebagai kapten Argentina pada Centennial Copa America di Amerika Syarikat Jun ini, mengalami kepenatan selepas musim yang sukar.

Dia boleh mengambil tiga pemain melebihi umur 23 tahun dalam skuad ke Rio, tetapi Messi yang membantu Argentina memenangi pingat emas Olimpik kedua negara itu di Beijing pada 2008, tidak akan bersama mereka.

“Messi tidak akan ke Sukan Olimpik kerana ada banyak kejohanan bagi pasukan kebangsaan tahun ini,” kata Martino yang juga perlu menumpukan kepada kelayakan Piala Dunia.

“Kami ada Copa America, Sukan Olimpik dan selepas itu empat pusingan kelayakan,” katanya kepada Radio La Red.

“Lagipun perlawanan Barcelona pada musim ini juga panjang. Saya mahu sangat untuk menang tetapi tidak mahu mengambil sebarang risiko, atau menghantar pemain ke padang dan membiarkan mereka mati di situ.

“Messi mengetuai Argentina pada final Piala Dunia 2014 di Rio, namun mereka tewas 1-0 kepada Jerman dalam masa tambahan.

Argentina juga memenangi emas Olimpik di Athens 2004, namun gagal layak di London 2012. – Reuters