Messi ucap tahniah kepada Leicester

Messi ucap tahniah kepada Leicester

LONDON, 3 Mei (Agensi) – Kejayaan Leicester City muncul juara Liga Perdana Inggeris menggamit banyak reaksi baik daripada pemain antarabangsa mahupun di peringkat akar umbi.

Kelab tidak ternama itu melakar sejarah tersendiri muncul juara liga utama sejak kelab ditubuhkan 132 tahun lalu selepas seteru terdekatnya, Tottenham Hotspur terikat 2-2 dengan Chelsea, pagi tadi.

Bintang Barcelona, Lionel Messi (gambar) mengucap tahniah kepada Leicester yang disifatkannya sebagai amat luar biasa.

pg21_160504_c

“Sebab utama kenapa kita semua meminati bola sepak. Tahniah!,” kata pemain Argentina itu dalam akaun Twitter miliknya.

Bekas pemain Spurs yang kini bersama Real Madrid, Gareth Bale turut menyuarakan perkara sama dengan berkata: “Sedih untuk @SpursOfficial tetapi tahniah @LCFC, musim yang menakjubkan!! Gemar bola sepak.”

Bekas pemain Leicester dan juga penyerang England Gary Lineker pula berkata: “Leicester City menjuarai Liga Perdana. Kejutan besar dalam hidup saya dan saya pernah berada dalam pasukan itu.”

ARTIKEL YANG SAMA