Mesyuarat AMCA ke-7 bermula

Mesyuarat AMCA ke-7 bermula

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Menteri-menteri ASEAN yang bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian (AMCA) memulakan perbincangan mereka dalam Mesyuarat AMCA ke-7 yang berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Mesyuarat AMCA memberikan peluang kepada para menteri ASEAN untuk membincangkan mengenai perkara-perkara yang dihalusi dalam mesyuarat pegawai-pegawai kanan ASEAN termasuk Pelan Strategik untuk Kebudayaan 2016-2025 yang membawa tema-tema seperti Deklarasi Perisikan Kebudayaan Sebagai Nilai Strategik untuk Identiti Serantau, Kebudayaan Sebagai Teras Penggerak Perdana Keselamatan Sosio-budaya, Identiti Serantau Sebagai Teras Penting dalam Maritim Laluan Sutera dan Bandar Seri Begawan sebagai Bandar Kebudayaan ASEAN selama dua tahun.

Dalam mesyuarat itu juga, para menteri yang bersidang dijangka akan mengesahkan draf deklarasi atau pernyataan bersama mengenai kebudayaan dan kesenian yang telah dibincangkan di peringkat pegawai-pegawai kanan ASEAN.

Datin Paduka Dr Hajah Norlila menyampaikan kata-kata aluannya pada Majlis Perasmian Mesyuarat AMCA ke-7.
Datin Paduka Dr Hajah Norlila menyampaikan kata-kata aluannya pada Majlis Perasmian Mesyuarat AMCA ke-7.
Antara Menteri-menteri ASEAN yang menghadiri Mesyuarat AMCA ke-7.
Antara Menteri-menteri ASEAN yang menghadiri Mesyuarat AMCA ke-7.

Terdahulu sebelum mesyuarat berkenaan, Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil selaku Pengerusi Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN bagi Kebudayaan dan Kesenian (SOMCA) ke-12, dalam kata alu-aluannya di Majlis Perasmian Mesyuarat AMCA ke-7, mengalu-alukan kehadiran para menteri AMCA serta menyatakan bahawa SOMCA telah meneliti dokumen berkaitan untuk dihadapkan ke <esyuarat AMCA ke-7.

Beliau berkata bahawa dokumen-dokumen itu termasuk Pelan Strategik Kebudayaan dan Kesenian (2016-2025) serta Deklarasi Bandar Seri Begawan mengenai Kebudayaan dan Kesenian bagi mempromosi Identiti ASEAN ke arah Komuniti ASEAN yang dinamik dan harmoni.

ARTIKEL YANG SAMA