Mesyuarat Perhutanan ASEAN bermula

Mesyuarat Perhutanan ASEAN bermula

MANILA, 14 Jun (Xinhua) – Sidang kemuncak perhutanan serantau selama tiga hari telah dirasmikan hari ini di wilayah barat Palawan, menurut Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi Asli (DENR).

Agenda bagi mesyuarat Rangkaian Perhutanan Sosial ASEAN kali ke-10 termasuk perbincangan ke atas Kerjasama ASEAN dalam Perhutanan, Mempromosi Dasar dan Amalan Perhutanan Sosial, kata pengarah Biro Pengurusan Perhutanan-DENR, Ricardo Calderon.

Pembentangan laporan daripada Negara-negara Anggota ASEAN dan Rakan Kongsi Pelaksana juga akan diadakan pada mesyuarat itu serta pembangunan Pelan Strategik Tindakan ASFN untuk mendukung ASEAN dan objektif Global, katanya.

Calderon berkata ASFN adalah rangkaian perhutanan sosial yang dipacu kerajaan di Asia Tenggara dengan matlamat utama untuk memperkukuhkan kerjasama ASEAN dalam Perhutanan Sosial menerusi perkongsian maklumat dan pengetahuan.

Dia juga berkata ASFN berhubung terus dengan pembuat dasar perhutanan kerajaan dengan anggota rangkaian daripada masyarakat awam, persatuan penyelidikan, akademik, sektor awam dan para pakar bidang berkaitan. ASFN menyokong pembangunan Komuniti ASEAN, jelas Calderon.

Perwakilan dari Rakan Kongsi Pelaksana ASFN seperti Pusat bagi Orang Awam dan Perhutanan (RECOFTC), Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa (CIFOR), Program Pertukaran Produk Hutan Bukan Balak (NTFP-EP), Pusat Agro Perhutanan Sedunia (ICRAF), dan Pusat Pengajian Siswazah dan Penyelidikan dalam Pertanian (SEARCA) turut ikut serta dalam mesyuarat itu.

Penubuhan ASFN telah disokong oleh para Pegawai Kanan Perhutanan ASEAN (ASOF) semasa Mesyuarat ke-8 mereka di Phnom Penh, Kemboja pada Ogos 2005.