Mesyuarat Perintis Dua Hala Brunei-Singapura

Mesyuarat Perintis Dua Hala Brunei-Singapura

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Dalam Negeri, Republik Singapura, buat julung-julung kalinya, baru-baru baru ini, telah mengadakan Mesyuarat Perintis Dua Hala yang berlangsung di Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Republik Singapura.

Delegasi dari JPM diketuai oleh Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Penguatkuasaan), di JPM, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar dan disertai oleh Setiausaha Tetap (Undang-undang dan Kesejahteraan) di JPM, juga selaku Pengarah Biro Mencegah Rasuah, Dato Paduka Haji Mohdhammad Juanda bin Haji A. Rashid; Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, DCP Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd ​​Shah Al-Islam; Pengarah Biro Kawalan Narkotik, Haji Jasmin bin Haji Jamudin; Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Haji Sufian bin Haji Sabtu; dan Pegawai Pentadbir Tingkat Khas, Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan di JPM, Awang Mohammad Zulhilmi bin Haji Omar Ali,

Mesyuarat dua hala yang berlangsung pada 14 Mei lalu itu, dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri, Republik Singapura Leo Yip, dan Dato Paduka Haji Hamdan.

Ia menandakan satu lagi peristiwa penting dalam hubungan istimewa antara kedua-dua buah negara terutamanya dalam bidang keselamatan negara.

Di samping itu, ia juga membuka peluang kepada pegawai-pegawai kanan kedua-dua negara untuk mengeratkan lagi kerjasama dalam bidang latihan, operasi bersama serta program pertukaran dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan.

Mesyuarat dua hala tersebut dipengerusikan bersama oleh Leo Yip dan Dato Paduka Haji Hamdan.
Mesyuarat dua hala tersebut dipengerusikan bersama oleh Leo Yip dan Dato Paduka Haji Hamdan.

Mesyuarat dua hala itu juga termasuk mengadakan lawatan ke tempat-tempat strategik untuk keselamatan iaitu Home

Team Academy (HTA), Police Ops Command Centre (POCC), Immigration and Checkpoint Authority (ICA) di Woodlands Checkpoint, Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di Masjid Khadijah dan Pusat Kawalan Operasi MCE/KPE Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Sebelum itu, Dato Paduka Haji Hamdan dan delegasi Brunei mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kedua Dalam Negeri dan Menteri Kedua Luar Negeri Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad.

Dalam kunjungan berkenaan, TYT Masagos Zulkifli dan Dato Paduka Haji Hamdan menegaskan kepentingan bekerjasama dalam memerangi keganasan, pelampau agama dan pengedaran dadah haram di samping untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara melalui mesyuarat tahunan dua hala ini dan program pertukaran pegawai-pegawai kanan.

ARTIKEL YANG SAMA