Mesyuarat Persediaan Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan bermula

Mesyuarat Persediaan Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan bermula

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) – Pegawai Kanan ASEAN menghadiri siri mesyuarat persediaan kepada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-10 dan mesyuarat berkaitan di sini, Isnin.

Mesyuarat persediaan berkenaan bermula 8 pagi itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Mesyuarat AMMTC ke-10 dan mesyuarat berkaitan akan diikuti dengan mengadakan Mesyuarat Menteri-Menteri Khas ASEAN mengenai Kebangkitan Radikalisme dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) pada Jumaat.

AMMTC yang bermula Selasa akan dirasmikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dijangka akan menerima pakai dua Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Jenayah Rentas Sempadan dan mengenai Pergerakan Orang Tidak Teratur di Asia Tenggara.

ARTIKEL YANG SAMA