Mesyuarat Sambutan Hari Keluarga 2015

Mesyuarat Sambutan Hari Keluarga 2015

Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Bagi menyelaraskan Sambutan Hari Keluarga 2015 yang akan diungkayahkan oleh Mukim Berakas ‘A’ tidak lama lagi, mesyuarat telah diadakan, kelmarin, di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Brunei dan Muara.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji A. Ahmad bin Hussain juga selaku penghulu Mukim Berakas A dan dihadiri oleh ketua-ketua kampung mukim berkenaan.

Dalam mesyuarat tersebut beberapa orang ahli jawatankuasa telah dilantik bagi melancarkan sambutan itu dan beberapa acara telah diputuskan bagi mengisikan ruang acara termasuk berbentuk keagamaan, sukan ria, senaman beramai-ramai, larian dan sebagainya.

Yang Berhormat Haji A. Ahmad bergambar ramai bersama ketua-ketua kampung mukim berkenaan.
Yang Berhormat Haji A. Ahmad bergambar ramai bersama ketua-ketua kampung mukim berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA