Mesyuarat susulan bantu PKS tempatan

Mesyuarat susulan bantu PKS tempatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Persekutuan Peniaga-peniaga Melayu Brunei (PPPMB), semalam mengadakan mesyuarat susulan bersama Jabatan Tenaga dan Industri, Jabatan Perdana Menteri dan Darussalam Enterprise (DARE) bagi membincangkan isu-isu lanjut yang dibangkitkan semasa dialog 30 Ogos lalu ke arah membantu pengusaha perniagaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mengembangkan perniagaan mereka.

Mesyuarat yang berlangsung di Jabatan Tenaga dan Industri, Jabatan Perdana Menteri itu turut dihadiri Setiausaha Tetap di Jabatan Tenaga dan Industri, Jabatan Perdana Menteri, Awang Adi Shamsul bin Haji Sabli, Ketua Pegawai Eksekutif DARE, Soon Loo dan Presiden PPPMB, Dr. Haji Abdul Latif bin Haji Chuchu berserta tujuh ahli jawatankuasa yang lain.

Awang Adi Shamsul (tengah) bersama Dr. Haji Abdul Latif (dua dari kiri) bergambar semasa mesyuarat susulan berkenaan kelmarin.
Awang Adi Shamsul (tengah) bersama Dr. Haji Abdul Latif (dua dari kiri) bergambar semasa mesyuarat susulan berkenaan kelmarin.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, sejak dialog pertama berkenaan, beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli PPPMB telah pun diselesaikan.

Satu mesyuarat tetap akan diadakan antara DARE dan PPPMB yang akan memberikan penyelarasan dan kolaborasi lebih baik di antara kedua-dua belah pihak untuk bekerjasama dan usaha sama bagi lebih banyak peluang-peluang perniagaan.

ARTIKEL YANG SAMA