Meterai perjanjian Takaful

Meterai perjanjian Takaful

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Takaful Brunei Am (TBA) telah menandatangani satu perjanjian dengan Pahaytc & Benteng J.V. Sdn Bhd di Dar Takaful IBB Utama, Tingkat 8 yang menyediakan perlindungan Takaful (Insurans) untuk Projek Penapisan Bersepadu & Kompleks Petrokimia Hengyi PMB dalam melakukan Kerja-kerja Hidraulik Jeti dan Kerja-kerja Kejuruteraan Struktur di Pulau Muara Besar (PMB).

Di bawah perjanjian yang ditandatangani semalam (16 Mac), TBA akan menyediakan pelbagai polisi perlindungan Takaful untuk projek tersebut yang membabitkan risiko kejuruteraan berkaitan dengan marin.

Menandatangani bagi pihak Takaful Brunei ialah Pemangku Pengarah Urusannya, Haji Shahrildin bin Pehin Dato Haji Jaya dan Pemangku Pengurus Besarnya, Awang Barudin bin Haji Kudil. Manakala pihak Pahaytc & Benteng J.V. Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Projek syarikat berkenaan, Zhang Xiao Yu dan Jurutera Projek, Ting Teck Ying.

Pihak Takaful Brunei dan Pahaytc & Benteng J.V. Sdn Bhd ketika menandatangani satu perjanjian Takaful.
Pihak Takaful Brunei dan Pahaytc & Benteng J.V. Sdn Bhd ketika menandatangani satu perjanjian Takaful.

TBA adalah pembekal Takaful (Insurans Islam) terkemuka di Brunei dan mampu menyediakan insurans projek untuk industri pembinaan sama ada dalam projek struktural atau kejuruteraan awam. TBA juga menyediakan pakej Takaful (Insurans Islam) untuk projek atau risiko berkaitan minyak dan gas.

TBA mempunyai kumpulan korporat dan kumpulan penaja jaminan yang berpengalaman dan berdedikasi yang boleh menawarkan rundingan mengenai pelbagai keperluan Takaful (Insurans Islam) dan mereka adalah komited untuk memberikan perkhidmatan cemerlang serta memenuhi jangkaan pelanggan.

ARTIKEL YANG SAMA