Mewah & dilengkapi teknologi terkini

Mewah & dilengkapi teknologi terkini

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Jaguar dan Land Rover di Brunei, telah melancarkan kereta SUV kompak baru Land Rover Discovery Sport untuk pasaran negara ini di majlis yang berlangsung di The Empire Theatre, Jerudong, hari ini.

Pelancaran kereta mewah itu telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU), Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid selaku tetamu kehormat majlis bersama Pengerusi Eksekutif Indera Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Indera Motors, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar.

Pengurus Eksekutif Kanan, Dayang Noormala binti Othman ketika menyampaikan ucapan berkata pelancaran Discovery Sport baru ini merupakan saat penting dalam sejarah 66 tahun Land Rover.

Sebagai pengedar tunggal bagi jenama Jaguar dan Land Rover di Brunei, pelancaran ini bukan hanya menandakan pengenalan bagi ahli baru dalam keluarga Discovery Indera Motors malah ia juga membawa kepelbagaian pemasaran kereta SUV kompak premium di negara ini, tambah beliau.

(Dari Kiri) Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar dan Haji Khairuddin.
(Dari Kiri) Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar dan Haji Khairuddin.
Haji Khairuddin ketika meninjau akan kehebatan dalaman kereta jenama Land Rover yang baru dilancarkan.
Haji Khairuddin ketika meninjau akan kehebatan dalaman kereta jenama Land Rover yang baru dilancarkan.
Dayang Noormala ketika menyampaikan ucapan.
Dayang Noormala ketika menyampaikan ucapan.

Discovery Sport baru ini menampilkan reka bentuk yang dipertingkatkan terutamanya dalam membezakan jenis kereta keluarga jenama Land Rover, di samping itu juga dilengkapi ciri-ciri berteknologi tinggi sesuai bagi mereka yang berkeluarga dan menggunakan banyak kemudahan gajet terkini.

Ia mempunyai enam soket pengecas USB yang dipasangkan di ketiga-tiga barisan tempat duduk sekali gus membolehkan pemandu dan penumpang menggunakan gajet mereka secara berterusan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Selain itu, kereta yang mempunyai muatan 5+2 tempat duduk ini juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif, yang mana ia bukan sahaja mempunyai pakej beg udara untuk pemandu dan penumpang malahan pengguna jalan raya lain.

Manakala itu, teknologi Autonomous Emergency Braking membantu mengelakkan atau mengurangkan perlanggaran di bawah 80km/h (50mph).

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai kereta terbaru ini bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Indera Motors, di Lot Q2, Q3, dan Q4, Kawasan Perindustrian Lambak Kanan, Berakas yang dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Isnin hingga Khamis serta 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 2:30 petang hingga 5 petang pada hari Jumaat dan 8 pagi hingga 4 petang pada hari Sabtu.

ARTIKEL YANG SAMA