Mewah & sportif

Mewah & sportif

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta jenama BMW di Brunei Darussalam, hari ini, telah melancarkan model terbaru iaitu BMW 218i Active Tourer Luxury Line, di Bilik Pameran BMW, Beribi.

Model terkini Siri BMW 2 ini mempunyai reka bentuk yang sportif dari pelbagai sudut namun tetap tidak lari daripada konsep kereta mewah dan canggih.

Ia sesuai bagi individu yang mempunyai gaya hidup aktif yang menginginkan ruang dalam yang luas, fleksibel dan kapasiti muatan yang besar.

BMW 218i Active Tourer dilengkapi dengan enjin BMW tiga silinder selepas debut dunia pada BMW i8, dan mempunyai kuasa yang boleh mencapai kelajuan sehingga 200 km/j.

BMW 218i Active Tourer Luxury Line kini berada di pasaran Brunei setelah pelancarannya, kelmarin.
BMW 218i Active Tourer Luxury Line kini berada di pasaran Brunei setelah pelancarannya, kelmarin.
Ruang dalam yang mewah dengan kerusi kulit memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang.
Ruang dalam yang mewah dengan kerusi kulit memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang.
BMW 218i Active Tourer Luxury Line dilancarkan hari ini dan menjemput orang ramai untuk menyaksikan sendiri penampilan kereta berprestij tinggi ini.
BMW 218i Active Tourer Luxury Line dilancarkan hari ini dan menjemput orang ramai untuk menyaksikan sendiri penampilan kereta berprestij tinggi ini.

Bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat lebih dekat model terbaru ini, QAF Auto Sdn Bhd mengadakan jerayawara pameran dan sesi uji pandu pada hari ini dan esok.

Selain itu, cenderamata gaya hidup BMW seperti bagasi bergaya BMW, pakaian elegan dan babyracer turut ditawarkan semasa jerayawara berkenaan. QAF Auto turut memberikan potongan harga sebanyak 30 peratus.

ARTIKEL YANG SAMA