Mexico benam NZ

Mexico benam NZ

WASHINGTON, 9 Okt – Giovani dos Santos kembali dalam persaingan antarabangsa dengan menjaringkan satu gol bagi Mexico dalam kemenangan 2-1 ke atas New Zealand di Nashville, Tennessee, semalam.

Pemain penyerang Los Angeles Galaxy, dos Santos, yang memakai jersi Mexico buat kali pertama sejak Julai tahun lepas, menyudahkan sepakan penalti untuk membuka jaringan pada minit ke-29.Marco Rojas menyamakan kedudukan bagi New Zealand seminit pada separuh masa kedua, tetapi Marco Fabian menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-56 bagi Mexico-yang menewaskan New Zealand dengan 9-3 menerusi agregat dalam playoff kelayakan Piala Dunia 2014 mereka.

New Zealand, yang memenangi Piala Negara-Negara Oceania kelima mereka untuk layak bagi Piala Konfederasi FIFA di Rusia tahun depan, berada dalam perlawanan itu tanpa kalah bagi perlawanan ketujuh antarabangsa mereka.

Jordan Silva, Hedgardo Marind dan Jesus Gallardo semuanya beraksi bagi Mexico, yang beraksi tanpa pemain veteran, Javier Hernandez.

Selepas percubaan jarak jauh dari dos Santos tersasar, dia berpeluang dari sepakan penalty minit ke-29 selepas Hriving Lozano dijatuhkan dalam kawasan penalti.

“Ia adalah menarik untuk menjaringkan gol selepas tidak beraksi bersama pasukan selama setahun,” kata Dos Santos. “Ia dirasakan bagus.”

Kosta Barbarouses merasakan dia menyamakan kedudukan sejurus selepas itu tetapi dibatalkan kerana ofsaid.Tetapi pemain penyerang Melbourne Victory itu, Rojas, menyamakan kedudukan untuk memulakan separuh masa kedua sebelum Oribe Peralta memberikan umpanan kepada Fabian bagi gol antarabangsa pertamanya sejak 2014. – AFP