Mexico berkas kartel New Generation

Mexico berkas kartel New Generation

MEXICO CITY, 29 Mei (AFP) – Pihak berkuasa Mexico telah menahan orang kanan kartel dadah yang bergaduh dengan pasukan keselamatan di negeri barat Jalisco baru-baru ini, menurut pegawai semalam.

Victor Manuel Garcia Orozco, 47, disyaki menjalankan kegiatan jenayah kartel New Generation Jalisco di rantau Cienega, termasuk penyeludupan dadah, kecurian dan peras ugut, menurut kementerian dalam negeri.

Dia juga dituduh terlibat dalam ‘pelbagai serangan’ ke atas pasukan keselamatan, termasuk penculikan dan pembunuhan dua pegawai polis persekutuan pada November 2013 di negeri jiran Michoacan, menurut kementerian dalam satu kenyataan.

Siasatan ke atas lenyapnya mereka telah membawa kepada penemuan 37 buah kubur rahsia yang mengandungi 75 mayat di perbandaran La Barca, Jalisco, bersempadan dengan Michoacan, menurut kenyataan.