Mexico, Brazil tandatangani perjanjian ekonomi

Mexico, Brazil tandatangani perjanjian ekonomi

BANDAR MEXICO, 27 Mei (Reuters) – Mexico dan Brazil akan mengambil langkah-langkah pada tahun ini untuk meredakan sekatan ke atas perniagaan dua hala dan bertujuan menambah dua kali ganda perdagangan berkongsi mereka dalam kurang 10 tahun, kata pemimpin dua ekonomi terbesar Latin Amerika semalam.

Ketika satu lawatan ke Bandar Mexico, Presiden Brazil Dilma Rousseff berkata dalam satu ucapan bahawa rundingan akan bermula pada Julai dalam satu usaha untuk menambah jenis produk yang termasuk dalam satu perjanjian perniagaan bersama dikenali sebagai ACE 53 daripada 800 kepada lebih 6,000. Perjanjian yang lebih luas bertujuan merangkumi barangan perindustrian dan pertanian dan akan termasuk bab baru berkaitan dengan perkhidmatan, perdagangan online dan harta intelektual, kata Presiden Mexico Enrique Pena Nieto pada acara yang sama.

“Hari ini, kami mengambil langkah kualitatif dalam hubungan di antara Brazil dan Mexico,” kata Pena Nieto.

Bercakap menerusi seorang penterjemah, Rousseff berkata syarikat minyak Mexico Pemex “amat dialu-alukan di Brazil.” Petrobras di Brazil mungkin juga boleh membantu Pemex dengan teknologi mencari gali air di Teluk Mexico, tambah beliau.

Enrique Pena Nieto (kanan) tersenyum bersama Dilma Rousseff ketika mereka menghadiri seminar perniagaan Mexico-Brazil di Mexico City. – Reuters
Enrique Pena Nieto (kanan) tersenyum bersama Dilma Rousseff ketika mereka menghadiri seminar perniagaan Mexico-Brazil di Mexico City. – Reuters

Pada awal 2013, Mexico dan Brazil berkata mereka akan menimbang kerja sama di antara Pemex dan Petrobras, tetapi setakat ini kedua-dua mereka masih belum melancarkan mana-mana projek bersama. Pena Nieto berkata beliau berharap usaha terbaru tersebut akan membantu kedua-dua negara Latin Amerika menambah dua kali ganda perniagaan dua hala dalam kurang satu dekad, meningkat daripada $9.2 bilion buat masa sekarang.

Kedua-dua negara juga menandatangani perjanjian untuk mempertingkat kerjasama ekonomi dan pelaburan.

Brazil akan memberikan pelabur perlindungan yang lebih dan yang pertama ditandatangani oleh Brazil di Amerika, kata Pena Nieto.