Mexico ekstradisi ketua kartel dadah ke AS

Mexico ekstradisi ketua kartel dadah ke AS

MEXICO CITY, 16 Nov (AFP) – Mexico mengekstradisi ketua kartel dadah terkenal, Cesar Gastelum Serrano ke Amerika Syarikat (AS), di mana dia dituduh mengendalikan rangkaian menyeludup kokain ke AS menerusi Amerika Tengah.

Gastelum, yang dikaitkan dengan kartel paling berkuasa di Mexico, Sinaloa telah ditahan pada April lalu di kawasan peranginan Cancun, Mexico.

Dia diserahkan kepada pihak berkuasa AS di sebuah lapangan terbang di pinggir bandar raya ini bersama seorang lagi lelaki yang dikehendaki AS atas tuduhan dadah, Alejandro Rubio Perez.

Gastelum, 47, tahun lalu dimasukkan dalam senarai raja dadah yang dikendali AS.

Jabatan Perbendaharaan AS berkata, Gastelum mengetuai organisasi yang berupaya menghantar bertan-tan kokain ke AS setiap minggu menerusi Honduras dan Guatemala.

Pihak berkuasa Mexico berkata, Gastelum hidup sederhana dan tidak menonjol di Cancun, menggunakan sebuah pusat peranginan sebagai pangkalan operasinya.

Sejak Enrique Pena Nieto menjadi Presiden Mexico pada 2012, negara itu sebelum ini enggan mengekstradisi pesalah ke AS.