Mexico gali 116 mayat dari kubur besar

Mexico gali 116 mayat dari kubur besar

MEXICO CITY, 24 Mei (Bernama) – Pihak berkuasa Mexico pada Isnin mula menggali keluar mayat 116 individu tidak dikenali yang dikebumi dalam sebuah kubur besar di lokasi yang terletak di tengah-tengah negeri Morelos, lapor agensi berita China, Xinhua.

Proses itu bermula di bandar Tetelcingo dengan kehadiran wakil pertubuhan hak asasi manusia. Perbuatan tidak bermoral di tanah perkuburan itu ke atas individu yang tidak dikenali terbongkar selepas seorang hakim mengarahkan pejabat pendakwa negeri menggali keluar mayat seorang peniaga warga Mexico dan menyerahkannya kepada anggota keluarga mendiang.

Peniaga terbabit, Oliver Wenceslao Navarrete Hernandez, diculik dan dibunuh pada 2013. Jasadnya kemudian dikebumi di kubur beramai-ramai di Tetelcingo. Semasa proses menggali itu, pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan berdozen-dozen mayat berbalut plastik tanpa sebarang dokumentasi yang boleh mengaitkan mereka dengan fail kes.

Sampel genetik akan diambil daripada setiap mayat bagi mengenal pasti identiti mereka sebelum dikebumikan semula dalam kubur yang bertanda.

Saudara-mara mereka yang hilang menunggu pihak berkuasa menggali semua 116 mayat yang ditanam dalam sebuah kubur besar di Tetelzingo, Morelos kelmarin. – AFP
Saudara-mara mereka yang hilang menunggu pihak berkuasa menggali semua 116 mayat yang ditanam dalam sebuah kubur besar di Tetelzingo, Morelos kelmarin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA