Mexico, Panama ke separuh akhir

Mexico, Panama ke separuh akhir

AMERIKA SYARIKAT, 20 Julai – Mexico dan Panama menempah pertembungan separuh akhir Piala Emas CONCACAF selepas kedua-duanya mencatat kemenangan dengan gaya berbeza, hari ini.

Kapten Mexico, Andres Guardado meledak gol tunggal kemenangan pada minit ke-124 permainan untuk menewaskan Costa Rica 1-0 manakala Panama menang menerusi penentuan penalti selepas perlawanan menentang Trinidad & Tobago terikat 1-1 tamat masa permainan.

Penjaga gol Panama, Jaime Penedo muncul wira apabila menggagalkan penalti Lester Peltier untuk menang dengan keputusan 6-5.

“Saya merasa nikmat yang hebat hari ini untuk mampu mara ke peringkat seterusnya,” kata Penedo.

Selepas tewas 2-1 kepada Panama pada separuh akhir edisi sebelum ini, juara enam kali Mexico bersedia untuk membalas dendam kekalahan itu apabila kedua-duanya bertemu sekali lagi, Rabu ini.

Pemain tengah Mexico Andres Guardado ketika menyempurnakan tendangan penalti untuk membawa Mexico ke separuh akhir Piala Emas. - Reuters
Pemain tengah Mexico Andres Guardado ketika menyempurnakan tendangan penalti untuk membawa Mexico ke separuh akhir Piala Emas. – Reuters

Kemenangan akan memberikan tiket pertembungan final yang dijadualkan pada Ahad ini di Philadelphia untuk bertemu satu lagu pemenang di antara Jamaica dan penyandang juara, AS.

Selepas beraksi lebih dua jam tanpa sebarang gol, pengadil, Walter Lopez meniup wisel menandakan pemain Costa Rica, Roy Miller melakukan kekasaran terhadap penyerang Mexico, Oribe Peralta.

“Saya gembira dengan usaha yang ditampilkan semua pemain,” kata jurulatih Mexico, Miguel Herrera.

“Kami lebih baik. Kami melakukan langkah yang besar.” – AFP