Mexico, Qatar ikat perjanjian kerjasama

Mexico, Qatar ikat perjanjian kerjasama

MEXICO CITY, 26 Nov (AFP) – Mexico dan Qatar telah menandatangani perjanjian untuk mengadakan penerbangan komersial antara kedua-dua ibu negeri itu ketika pemerintah beraja Teluk melawat negara Amerika Latin itu.

Presiden Mexico Enrique Pena Nieto menerima kunjungan amir Qatar, Sheikh Tamimi bin Hamad Al Thani, di Istana Negara Mexico City, yang mana kedua-dua pemimpin itu menyaksikan penandatanganan beberapa perjanjian.

Itu adalah lawatan pertama amir Qatar sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1975.

Pena Nieto mengisytiharkan pertemuan itu akan membuka peluang bagi perniagaan antara kedua-dua negara dalam tenaga dan infrastruktur, menurut kenyataan pejabat presiden Mexico.