Mexico sedia hadapi ribut taufan

Mexico sedia hadapi ribut taufan

MANZANILLO, Mexico, 23 Okt (AFP) – Taufan Patricia menuju ke pesisir Pasifik Mexico hari ini, memaksa pihak berkuasa untuk memindahkan penduduk kampung, menutup pelabuhan-pelabuhan dan menggesa pelancong untuk membatalkan perjalanan mereka berikutan kebimbangan terhadap bencana itu.

Pusat Taufan Kebangsaan AS berkata Patricia bertukar menjadi bencana ribut Kategori Lima dalam skala Saffir, Simpson lima peringkat, dengan angin maksimum meningkat kepada 295 kilometer (185 batu) sejam.

Ribut itu dijangka akan melanda pesisir tersebut petang atau malam ini, kata pusat yang berpangkalan di Miami. Ramalan cuaca menunjukkan bahawa Patricia akan mendarat di barat negeri Jalisco, berhampiran negeri jiran, Colima.

Keadaan ombak yang bergelora di pantai Boca de Pascuales, Mexico akibat tempias angin Patricia dan membentuk taufan yang ‘amat berbahaya’, peramal berkata semalam dengan memberi amaran tanah runtuh dan banjir mungkin berlaku. – AFP
Keadaan ombak yang bergelora di pantai Boca de Pascuales, Mexico akibat tempias angin Patricia dan membentuk taufan yang ‘amat berbahaya’, peramal berkata semalam dengan memberi amaran tanah runtuh dan banjir mungkin berlaku. – AFP

Rantau tersebut melibatkan pelabuhan utama, Manzanillo di Colima dan peranginan pelancongan Jalisco, Puerto Vallarta, yang dikatakan pegawai Mexico akan menghadapi kesan secara langsung.

“Sebahagian jangkaan perubahan turun naik terhadap tahap kekuatan bencana itu mungkin terjadi hari ini, tetapi Patricia dijangka terus berbahaya dan kemungkinan menjadi taufan Kategori Lima ketika berada di daratan,’ kata pusat AS itu.

ARTIKEL YANG SAMA