Mexico selamatkan 54 pekerja bawah umur

Mexico selamatkan 54 pekerja bawah umur

TORREON, Mexico, 21 Ogos (AFP) – Pihak berkuasa Mexico menyelamatkan 54 orang yang di bawah umur yang dipaksa bekerja bagi tempoh panjang berjam-jam lamanya dalam keadaan kerja yang meletihkan di sebuah ladang dan telah memberkas tiga orang yang dituduh di atas pengeksploitasian, menurut para pegawai semalam.

Kanak-kanak dan para remaja diselamatkan dari ladang Prokarne di negeri utara Coahuila, yang mana belia dipaksa memetik sayur-sayuran dalam kerja bergilir-gilir sembilan jam.

Mereka yang di bawah umur berusia lapan dan 17 tahun, menurut kerajaan serantau. Tiga lelaki berusia 36, 39 dan 50, telah diberkas dalam kaitan dengan penganiayaan buruh, tambahnya.

Pekerja di bawah umur dibayar 100 pesos bagi tempoh kerja bergilir mereka yang panjang dan terpaksa bekerja dari Isnin hingga Sabtu, dan hanya diberikan rehat setengah hari pada setiap Sabtu, menurut testimoni dari pekerja buruh yang diselamatkan.

Mereka disediakan makanan dua hidangan sehari, sekali pada waktu tengah hari dan satu lagi pada sebelah petang, dan hanya diberikan air garam untuk minum ketika bekerja, sebelum pulang ke berek tempat mereka tinggal dan terpaksa tidur di tilam di atas lantai.

Gambar yang dirakam secara rahsia dan diperoleh AFP menunjukkan bagaimana pekerja bawah umur dipaksa melakukan pekerjaan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka di Mexico. – AFP
Gambar yang dirakam secara rahsia dan diperoleh AFP menunjukkan bagaimana pekerja bawah umur dipaksa melakukan pekerjaan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka di Mexico. – AFP

Mereka yang di bawah umur itu direkrut menerusi pengiklanan dan dibawa ke bandar perindustrian, Ramos Arizpe, kira-kira 280 kilometer dari sempadan AS.

Selepas mereka diselamatkan, para mangsa dihantar ke rumah perlindungan kerajaan. Lebih dua juta orang pekerja pertanian di Mexico yang mempunyai penduduk seramai 118 juta, kebanyakannya yang tinggal dalam keadaan separa hamba, tanpa kontrak atau faedah keselamatan sosial, menurut perangkaan rasmi.

Ramai terpaksa bekerja dalam keadaan kasar, sehingga 10 jam sehari dan hanya menerima AS$4.00 hingga AS$7.00 sehari.