Mexico tangkap lelaki AS miliki senjata, amunisi

Mexico tangkap lelaki AS miliki senjata, amunisi

MEXICO CITY, 4 Mei (AFP) – Polis Mexico telah menangkap seorang lelaki warga Amerika semalam yang memiliki 6,356 butir peluru dan beberapa pucuk senapang di dalam keretanya, menurut pihak berkuasa.

Lelaki itu memandu sebuah kereta BMW dengan plat lesen dari negeri Ohio, menurut polis dalam satu kenyataan.

Lelaki berusia 44 tahun itu mendakwa pistol, senapang patah, busur silang dan sejumlah besar amunisi di dalam kereta itu adalah digunakan untuk memburu, menurut pihak berkuasa. Dia telah ditangkap selepas kenderaannya dikesan di dalam kamera keselamatan oleh para pegawai.

Senjata-senjata itu adalah diharamkan di Mexico kecuali untuk kegunaan pasukan kerajaan. Menurut kenyataan itu lagi, lelaki itu mengakui memiliki senjata itu adalah salah di sisi undang-undang.

ARTIKEL YANG SAMA