Mexico tempah tiket Piala Konfederasi

Mexico tempah tiket Piala Konfederasi

PASADENA, California, 11 Okt – Mexico memenangi persaingan playoff Piala CONCACAF menentang Amerika Syarikat 3-2 pada masa tambahan di Stadium Rose Bowk semalam untuk menempah tempat ke Piala Konfederasi seterusnya.

Ia adalah kemenangan pertama mereka menentang AS sejak mereka menjulang Piala Emas 2011 yang diadakan di tempat yang sama, dan membolehkan mereka mendapatkan hak dalam apa yang menjadi persaingan sengit dalam tempoh dua dekad.

Dengan perlawanan yang memerlukan tenaga tinggi terikat seri 1-1 pada separuh masa pertama dan juga selepas masa penuh perlawanan yang diadakan waktu malam yang panas, pemain penyerang Oribe Peralta memecahkan kebuntuan pada minit ke-96 dengan ledakan kaki kanan yang kencang dari pemain pertahanan Paul Aguilar.

Mexico dilihat memastikan kemenangan dengan penguasaan mereka ke atas bola tetapi 12 minit kemudian mereka dikejutkan apabila pemain penyerang Bobby Wood menyamakan kedudukan bagi pasukan AS selepas mendapatkan bola hantaran dari pemain pertahanan DeAndre Yedlin.

Aguilar menjaringkan gol penting dengan bergaya pada minit ke 118 dengan voli kencang selepas bola melantun keluar dari gawang AS berikutan sepakan bebas.

Penjaga gol AS Brad Guzan gagal menyelamatkan bola rembatan pemain Mexico, Oribe Peralta pada kelayakan Piala Konfederasi di Rose Bowl di Pasadena, California. – AFP
Penjaga gol AS Brad Guzan gagal menyelamatkan bola rembatan pemain Mexico, Oribe Peralta pada kelayakan Piala Konfederasi di Rose Bowl di Pasadena, California. – AFP

Kemenangan Mexico itu menamatkan enam perlawanan tanpa kemenangan menentang AS yang menyaksikan tiga kekalahan dan tiga seri dan menempah tempat dalam Piala Konfederasi 2017, persaingan lapan negara yang akan diadakan di Rusia sebagai permulaan kepada Piala Dunia 2018.

“Saya merasa gembira bagi segala yang dilakukan para pemain,” kata jurulatih sementara Mexico, Richard Ferretti ketika sidang akhbar. “Ia adalah keputusan yang kami peroleh, bagi apa yang mereka (pemain) lakukan dan apa yang mereka cari.

“Pada masa, 120 mini perlawanan, kami melakukan sedikit untuk mendapatkan jaringan penting. Kami memenanginya,” tambah Ferretti, yang digantikan oleh Juan Carlos Osrio sebagai jurulatih selepas perlawanan persahabatan menentang Panama.

Kontinjen besar Mexico di Rose Bowl membawa persekitaran ceria kepada tempat yang alam yang menghoskan Piala Dunia 2004 dan bendera berwarna hijau, putih dan merah Mexico terus berkibar di kalangan 93,000 penonton. – Reuters