Mexico temui semula bahan radioaktif yang dicuri

Mexico temui semula bahan radioaktif yang dicuri

BANDAR MEXICO, 9 Mac (Reuters) – Sebuah kontena berisi bahan radioaktif bagi sinar X industri telah dicuri di Mexico lebih seminggu yang lalu telah ditemui dan tidak mendatangkan sebarang risiko kepada orang ramai, menurut kementerian dalam negeri kelmarin.

“Ia adalah penting untuk mengetahui bahawa sumber radioaktif telah ditemui di dalam perlindungannya, yang bermaksud ia tidak mendatangkan risiko kepada penduduk,” menurut kementerian.

Sebuah kontena kuning kecil berisi Iridium 192 telah dicuri dari sebuah pikap dalam perbandaran San Juan del Rio. Ia ditemui di sebatang lebuh raya di tengah Negeri Mexico, menurut kementerian dalam satu kenyataan.

Material berkenaan dikelaskan sebagai sumber radioaktif Kategori 2, bermaksud bahawa jika ia tidak dikendalikan dengan betul, ia boleh mendatangkan bahaya kepada seseorang yang terdedah pada tempoh beberapa jam hingga berhari-hari.

Pada Disember 2013 dan April 2015, material radioaktif juga telah dicuri di Mexico.