Mexico temui terowong air di bawah kubur

Mexico temui terowong air di bawah kubur

MEXICO CITY, 26 Julai – Ahli arkeologi di tapak serpihan Mayan, Palenque semalam berkata mereka telah menemui terowong air bawah tanah yang dibina di bawah Temple of Inscriptions, yang menempatkan kubur pemerintah lama yang bernama Pakal.

Pakar arkeologi, Arnoldo Gonzalez berkata penyelidik percaya kubur dan piramid itu sengaja dibina di atasnya di antara tahun 683 dan 702 Sebelum Masihi.

Terowong itu membawa air dari bawah perkuburan ke esplanad di depan kuil, yang memberikan semangat Pakal laluan ke dunia bawah.

Perhatian ditumpukan ke atas sebuah potongan batu berat sarcophagus tempat Pakal dikuburkan, dan yang sebahagian kesimpulan salah percaya melukiskan pemerintah Maya yang duduk pada kawalan kapal angkasa.

Tetapi Gonzalez berkata potongan ke atas batu ditemui di kubur itu berkata Tuhan “akan membawa yang sudah mati menuju dunia bawah, dengan menenggelamkan (mereka) ke dalam air jadi mereka akan diterima di sana.”

Pakal, dalam perkataan lain, tidak terbang ke angkasa; dia berada di bawah aliran itu. “Tidak ada kena mengena dengan kapal angkasa,” kata Gonzalez.

Terowong itu, yang berhubung di antara satu dengan yang lain, dibina dari batu dan adalah sekitar dua kaki (60 sentimeter) lebar dan tinggi.

Pengarah arkeologi bagi Institut Kebangsaan bagi Antropologi dan Sejarah, Pedro Sanchez Nava, berkata teori itu masuk akal terhadap orang pra Hispanik, seperti mereka yang tinggal di Teotihuacan, berhampiran Mexico City, di mana satu lagi terowong air ditemui. – AP

ARTIKEL YANG SAMA