Mexico tewaskan Uruguay 3-1

Mexico tewaskan Uruguay 3-1

GELENDALE, Amerika Syarikat (AS), 6 Jun – Mexico menewaskan Uruguay 3-1 dalam persaingan Copa America Centenario semalam yang menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain selepas perbalahan sebelum perlawanan terhadap lagu kebangsaan yang tidak menentu.

Pertemuan yang diadakan di stadium University of Phoenix di Arizona itu menyaksikan Mexico mengutip tiga mata penuh dalam persaingan Kumpulan C menerusi jaringan sendiri daripada Alavaro Pereira dan jaringan akhir menerusi Rafa Marquez dan Hector Herrera.

Satu-satunya jaringan pasukan Uruguay hadir daripada kapten pasukan Diego Godin, pemain Atletico Madrid itu membuat tandukan penyamaan 16 minit sebelum tamat yang dilihat menyelamatkan pasukan dari Amerika Selatan itu berkongsi mata.

Tetapi jaringan Marquez, 37, di bahagian atas gawang pada minit ke-85 membolehkan Mexico mendahului 2-1 sebelum Herrera menambah gol ketiga pada masa kecederaan untuk melengkapkan kemenangan menarik bagi ‘El Tri’.

Pemain-pemain Uruguay dengan berang bertelagah bersama pegawai perlawanan pada wisel penamat yang meletakkan petang teruk bagi ‘La Celeste’.

Aksi Javier Hernandez berdepan pertahanan Uruguay. – AFP
Aksi Javier Hernandez berdepan pertahanan Uruguay. – AFP

pg22_160607_a

Sebelum sepak mula, pemain-pemain Uruguay dilihat dalam keadaan bingung ketika mereka berbaris bagi menyanyikan lagu kebangsaan mereka hanya bagi lagu kebangsaan Chile dimainkan tanpa disengajakan.

Penganjur Copa America Centenario dengan segera memohon maaf bagi kesilapan tersebut.

“Kami memohon maaf kepada Persekutuan Uruguay, Pasukan Kebangsaan Uruguay, rakyat Uruguay dan peminat-peminat kerana kesilapan ini”’ kata kenyataan, yang menyalahkan keadaan tersebut ke atas “kesilapan manusia.”

Apabila sepak mula dilakukan, Mexico mendahului hanya selepas empat minit dengan jaringan menerusi pemain midfield PSV Eindhoven, Andres Guardado.

Pemain itu, 29, mendapatkan ruang di sudut kiri dan kemudian membuat hantaran lintang yang meletakkan keadaan cemas di bahagian pertahanan Uruguay ketika Herrera menjadi ancaman.

Alvaro Pereira dapat mengesan bahaya tetapi dia bergelut untuk meredakan ancaman itu, yang hanya berjaya membuat tandukan ke gawang sendiri.

Jaringan itu menggegarkan Uruguay yang bergelut untuk mencari rentak dalam serangan awal.

Penyerang Paris Saint Germain, Edinson Cavani hampir menyamakan kedudukan minit ke-30, namun rembatan rendahnya berjaya diselamatkan oleh Alfredo Talavera di gawang Mexico.

Pada saat-saat akhir separuh masa pertama, keadaan bertambah buruk buat Uruguay apabila Mathias Vecino menerima kad kuning kedua yang membuatkannya dibuang padang.

Diego Rolan hampir menyamakan kedudukan selepas larian hebat dari padang sendiri oleh Godin, yang kemudian membuat hantaran kepada Godin kemudian menghantar lagi kepada Rolan, hanya untuk mensia-siakan peluang apabila rembatannya terbang jauh dari sasaran gawang.

Guardado kemudian menerima kad kuning kedua untuk dilayangkan kad merah dan dari sepakan percuma berikutnya, Godin menyamakan kedudukan buat Uruguay.

Perlawanan nampaknya berakhir dengan keputusan seri namun Marquez meledak ke gawang Uruguay bagi gol antarabangsanya ke-16 dalam 131 penampilan untuk membawa Mexico di depan 2-1 dan Herrera menambah gol ketiga pada masa-masa kecederaan. – AFP