Mexico tolak isu pengguguran janin

Mexico tolak isu pengguguran janin

BANDAR MEXICO, 30 Jun (AFP) – Mahkamah Tinggi Mexico semalam menolak cadangan untuk menjadikan pengguguran janin sah di sisi undang-undang tetapi mengatakan lebih banyak perdebatan tentang isu berkenaan di negara itu yang mempunyai penduduk Katolik kedua terbesar di dunia.

Hakim-hakim dewan pertama mahkamah yang menangani isu-isu jenayah, mengundi tiga berbanding satu untuk menolak inisiatif untuk mengisytiharkan kedua-dua undang sebagai tidak berperlembaga yang mengharamkan pengguguran janin dan secara drastik mengehadkan prosedur itu kerana alasan perubatan.

Meskipun bandar negara Bandar Mexico telah membenarkan pengguguran janin dalam tempoh tiga bulan kehamilan sejak 2007, ia ditegah di seluruh negara itu melainkan dalam kes-kes yang mana kehamilan membahayakan nyawa ibu.

Usaha membenarkan di sisi undang-undang yang dikemukakan oleh anggota Mahkamah Tinggi bertujuan menganjurkan sekatan pengguguran janin ke atas wanita yang mengalami masalah kesihatan dan mengisytiharkan hukuman penjara bagi pengguguran janin secara haram sebagai tidak berperlembaga.

Hukuman penjara adalah sehingga lima tahun.

Kod penal merupakan ‘penindasan sebenar ke atas kesihatan wanita,” Zaldivar berkata ketika hujahan berhubung langkah itu.

Inisiatifnya juga mencadangkan memperkenalkan hukuman had bagi pengguguran janin secara haram yang ditentukan oleh tahap kehamilan.

Lebih 2,000 orang wanita meninggal dunia akibat pengguguran janin yang dilakukan dalam keadaan tidak bersih antara tahun 1999 dan 2013 disebabkan tegahan masa ini, kata Zaldivar.

Kira-kira 200 aktivis anti pengguguran janin dan beratus-ratus lebih penyokong pembaharuan dengan bising mengadakan tunjuk perasaan di luar bangunan ketika perdebatan itu.

Mahkamah Tinggi menolak langkah itu tetapi mengakui isu itu adalah penting yang sedang dihadapi oleh negara dan menyarankan draf cadangan baru bagi perdebatan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA