Mexico tuntut jawapan Kaherah

Mexico tuntut jawapan Kaherah

Bandar Raya Mexico, 15 Sept (AFP) – Menteri Luar Mexico terbang ke Kaherah lewat Isnin untuk mendapatkan jawapan daripada pihak berkuasa Mesir ke atas serangan udara yang tersilap membunuh pelancong Mexico.

“Kami menghadapi perkara buruk mengenai kehilangan nyawa dan serangan tidak wajar yang mewajibkan kita untuk mengutamakan perlindungan rakyat kita,” kata Menteri Luar Claudia Ruiz Massieu kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Raya Mexico.

Ruiz Massieu berkata beliau melancong dengan tujuh orang anggota keluarga sebahagian daripada mangsa yang juga doktor Mexico untuk merawat yang cedera. Seorang pegawai Kementerian Luar memberitahu wartawan pesawat itu berlepas jam 11:46 waktu tempatan.

Sekurang-kurangnya dua orang Mexico telah disahkan mati, manakala enam lagi cedera. Beliau berkata kerajaan masih tidak dapat mengesahkan apa yang berlaku kepada enam orang warga lain.

Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas melawat pelancong Mexico yang cedera di Hospital Dar Al Fouad di Kaherah. – AFP
Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas melawat pelancong Mexico yang cedera di Hospital Dar Al Fouad di Kaherah. – AFP

Pihak berkuasa Mesir telah berkata bahawa seramai 12 orang terbunuh dan 10 cedera semalam apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke atas sekumpulan pelancong dengan tidak sengaja semasa memburu jihad di Gurun Barat.

Ruiz Massieu berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pegawai-pegawai Mesir dalam usaha untuk “mendapatkan maklumat asal yang boleh meredakan kejadian buruk ini yang membahayakan nyawa pelancong Mexico yang tidak berdosa.”

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto telah menuntut siasatan menyeluruh daripada pihak berkuasa Mesir, yang berikrar untuk membentuk badan bagi menjalankan siasatan yang diketuai oleh Perdana Menteri.