Mexico, Venezuela ke suku akhir

Mexico, Venezuela ke suku akhir

PHILADEPLHIA, 10 Jun – Mexico dan Venezuela mengesahkan tempat di saingan suku akhir bagi Kumpulan C hari ini dalam kejohanan Copa America Centenario, sementara Uruguay tersingkir selepas hanya dua perlawanan.

Venezuela menewaskan Uruguay 1-0 di Philadelphia, sementara Mexico menewaskan Jamaica 2-0. Venezuela dan Mexico masing-masing mengumpul enam mata dan akan bermain sesama sendiri Isnin ini bagi kedudukan teratas kumpulan itu, sementara Uruguay dan Mexico masing-masing tidak berjaya mengumpul sebarang mata dan disahkan tidak akan mara ke pusingan seterusnya.

Pemain penyerang Jose Salomon Rondon menjaringkan gol sulung buat Venezuela selepas bermain 35 minit. Penjaga gol Uruguay Fernando Muslera berupaya untuk menepis rembatan jarak jauh daripada Alejandro Guerra yang kemudian mengantul terkena palang, dan Rondon menerima baik pantulan itu yang kemudian terus memasukkan bola ke dalam gawang.

Bintang penyerang Uruguay Luis Suarez tidak dimainkan dalam perlawanan itu akibat kecederaan, namun dia berang dengan pengurus Oscar Tabarez kerana tidak memberikannya peluang bermain dalam beberapa minit untuk cuba mengubah kedudukan.

“Luis Suarez tidak bermain hari ini. Dia tidak cergas untuk dimainkan. Ia adalah isu perubatan,” kata Tabarez selepas perlawanan itu.

Edinson Cavani gagal untuk menghasilkan magis buat pasukannya ketika menentang Venezuela. – AFP
Edinson Cavani gagal untuk menghasilkan magis buat pasukannya ketika menentang Venezuela. – AFP

pg22_160611_CopaAmericaLogo

“Saya tidak kisah jika dia marah, walaupun saya begitu pasti dia pasti marah. Dia tidak memberitahu saya apa-apa. Namun dia mengalami kekoyakan di bahagian utama otot 18 hari lalu dan kami mahukan Suarez ketika dia betul-betul cergas bagi kelayakan Piala Dunia,” ujar Tabarez lagi.

Uruguay, yang telah merekodkan 15 gelaran Copa America termasuk edisi pertama pada 100 tahun lalu, begitu kecewa dengan persembahan mereka.

“Sakit rasanya ketika tersingkir di peringkat awal,” ujar kapten pasukan, Diego Godin.

“Venezuela berhak atas kemenangan mereka,” Tabarez mengakui. “Saya begitu terkejut. Saya amat tahu pemain-pemain ini dan saya masih percayakan mereka, tapi mereka tidak memainkan perlawanan yang begitu baik hari ini.

Sementara itu, di Rose Bowl Pasadena, California, Mexico menewaskan Jamaica 2-0 dalam perlawanan yang begitu meriah di mana kedua-dua pasukan mempunyai banyak peluang.

Javier ‘Chicharito’ Hernandez menjaringkan gol pertama melalui tandukan pada minit ke-18, hasil daripada hantaran lintang Jesus Corona. Sementara Clayton Donaldson dan Michael Hector masing-masing mensia-siakan peluang bagi Jamaica dan penjaga gol Mexico pula beraksi dengan begitu baik.

Akhirnya Mexico yang menggunakan peluang sebaiknya dan menjadikan keputusan 2-0 pada minit ke-81, hasil daripada rembatan kencang pemain gantian Oribe Peralta.

Colombia telah mengesahkan tempat mereka di saingan suku akhir dalam Kumpulan A. – dpa