MGC anjur majlis korban

MGC anjur majlis korban

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 14 Sept – Bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha, Syarikat Mashhor General Contractor (MGC) telah mengendalikan majlis penyembelihan dan pengagihan daging ibadah korban yang berlangsung di kawasan ibu pejabat syarikat tersebut di sini.

Pengagihan daging tersebut telah disempurnakan bersama oleh Timbalan Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP) selaku tetamu kehormat, Haji Kamaludin bin Haji Bungsu; Timbalan Pengarah Hal Ehwal Syarikat MGC, Haji Osman bin Haji Omar dan Ketua Perhubungan Awam dan Media, Malai Haji Masri bin Haji Malai Mashhor kepada pihak pengurusan dan kakitangan Mashhor.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Awang Ansori, diikuti kemudiannya dengan upacara penyembelihan diketuai oleh Timbalan Pengarah Syarikat, kakitangan syarikat dan Awang Ansori.

Haji Kamaludin menyampaikan daging ibadah korban kepada Haji Osman.
Haji Kamaludin menyampaikan daging ibadah korban kepada Haji Osman.

ARTIKEL YANG SAMA