MGCSB adakan kempen jalan raya

MGCSB adakan kempen jalan raya

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 5 April – Dalam usaha mempromosikan keselamatan jalan raya dalam kalangan kakitangannya, Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) baru-baru ini telah mengadakan Pemeriksaan Pematuhan Tali Pinggang Keledar di sepanjang jalan masuk ibu pejabatnya di Jalan Pangsa, Pekan Seria, di sini.

Pemeriksaan itu dilaksanakan dengan kerjasama anggota polis dari Balai Polis Seria yang diketuai oleh ASP Mohd Helmi bin Haji Abdullah dan Jabatan Siasatan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) yang diketuai oleh OCS Inspektor Muhd Fadillah bin Haji Ibrahim.

Melalui pemeriksaan tersebut, sebanyak 325 buah kenderaan diperiksa bermula dari jam 6:30 hingga ke jam 8:30 pagi, untuk memastikan mereka mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan oleh syarikat dan memastikan kenderaan mereka dalam keadaan yang layak untuk dipandu di jalan raya serta tidak melanggar undang-undang lalu lintas.

Di samping itu, pemeriksaan juga dilaksanakan untuk memastikan tali pinggang keledar sentiasa dipakai oleh pemandu, mempunyai cukai jalan yang sah, lesen memandu yang sah dan lain-lain pematuhan keselamatan jalan raya.

Pekerja MGCSB diperiksa lesennya.
Pekerja MGCSB diperiksa lesennya.
Pemeriksaan ke atas kenderaan pekerja dijalankan.
Pemeriksaan ke atas kenderaan pekerja dijalankan.

Turut sama memeriksa kenderaan-kenderaan ialah Timbalan Pengarah Operasi MGCSB, Malai Shamil Faris bin Haji Malai Abdul Hamid, Pengurus Korporat bagi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, Awang Mohd Rizal bin Dr. Haji Abdul Latif dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Korporat, Haji Osman bin Haji Omar.

Risalah mengenai kempen itu juga telah diedarkan kepada para pemandu untuk menyokong usaha negara mempromosikan keselamatan jalan raya di negara ini.

Awang Mohd Rizal menyatakan bahawa pemeriksaan keselamatan jalan raya akan dilaksanakan oleh syarikat itu sebanyak dua kali setahun dalam usaha untuk memastikan tali pinggang keledar selamat untuk dipakai dalam kalangan kakitangan apabila mereka tiba di pejabat pada waktu kerja.

ARTIKEL YANG SAMA