MGCSB agih daging korban dan aqiqah

MGCSB agih daging korban dan aqiqah

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 24 Sept – Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) mengadakan ibadah korban dan aqiqah sempena Hari Raya Aidiladha dengan menyembelih seekor kerbau bagi merebut ganjaran pahala dalam ibadah korban.

Pada majlis itu, Pengerusi MGCSB, Malai Haji Abdul Hamid bin Haji Malai Mashhor mengagihkan daging-daging korban itu kepada 300 kakitangan MGCSB sambil disaksikan oleh Penghulu Mukim Seria, Haji Jamail bin Haji Linap.

Menurut Pengerusi Acara, Malai Haji Masri bin Malai Haji Mashhor dalam ucapannya berterima kasih kepada kakitangan yang terlibat terutama yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan majlis tersebut.

Gambar ramai bersama ahli-ahli kakitangan Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) semasa majlis korban berkenaan.
Gambar ramai bersama ahli-ahli kakitangan Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) semasa majlis korban berkenaan.
Upacara penyembelihan yang dilakukan oleh kakitangan-kakitangan syarikat berkenaan.
Upacara penyembelihan yang dilakukan oleh kakitangan-kakitangan syarikat berkenaan.
Kakitangan syarikat berkenaan mempersiapkan seekor kerbau untuk disembelih pada majlis korban itu.
Kakitangan syarikat berkenaan mempersiapkan seekor kerbau untuk disembelih pada majlis korban itu.

“Alhamdulillah acara tahun ini nampak meriah dan segalanya telah berjalan dengan lancar dan pihak syarikat sedang mengusahakan di masa akan datang untuk membuka sebuah dana bagi kakitangan MGCSB yang ingin menyumbang dan menerima daging korban pada Raya Haji tahun depan,” katanya.

Ibadah korban merupakan sunat muakkad (sunat yang dituntut) antara lain bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala, selain memperolehi banyak fadilat bagi mereka yang melaksanakannya.

Antara fadilat melakukan ibadah korban ialah bagi menambah amal kebajikan, di samping untuk membersihkan diri daripada dosa-dosa lalu, selain mendapat tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wata’ala.

ARTIKEL YANG SAMA