MGCSB anjur Kempen Antimerokok

MGCSB anjur Kempen Antimerokok

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 27 Mei – Sebagai usaha untuk terus memberikan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerjanya, Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) telah menganjurkan lagi Kempen Antimerokok yang berlangsung di bilik latihan ibu pejabat syarikat tersebut di sini.

Kempen tersebut telah dibahagikan kepada dua sesi, dengan sesi pagi menyaksikan taklimat disampaikan dalam Bahasa Melayu manakala itu sebelah petang bagi taklimat berbahasa Inggeris, memandangkan syarikat tersebut mempunyai pekerja daripada kalangan berbagai-bagai bangsa.

Pegawai Kanan Pusat Promosi Kesihatan, Hajah Mahamum binti Dato Haji Abu Zar telah menyampaikan taklimat mengenai dengan Akta Perintah Tembakau, bagi membantu perokok mengawal ketagihan dan berkemungkinan dapat mengurangkan atau memberhentikan sikap merokok.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah bagi Perhubungan Korporat MGCSB, Haji Osman bin Haji Omar.

Kempen Antimerokok MGCSB adalah untuk memberikan kesedaran kepada kalangan pekerjanya.
Kempen Antimerokok MGCSB adalah untuk memberikan kesedaran kepada kalangan pekerjanya.

Hadir sama ialah Pengurus Korporat HSSE, Awang Mohd Rizal bin Dr Haji Abdul Latif yang memberitahu, selain daripada memberikan kesedaran kepada kalangan pekerja, kempen tersebut juga bagi memberikan kesedaran untuk terus mempraktikkan cara hidup yang sihat, persekitaran tempat kerja yang bersih dan sihat serta melindungi mereka daripada terus mengamalkan sikap merokok yang boleh menjejaskan kesihatan sendiri.

“Ianya juga selaras, mengikut peraturan dan dasar Kementerian Kesihatan, antaranya larangan merokok di tempat kerja, tapak pekerjaan dan kawasan awam, dan Syarikat MGCSB telah mengharamkan merokok dalam premis pejabat dan kawasan merokok yang ditetapkan telah dirobohkan sejak tahun lepas,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA