MGCSB dianugerahkan Sijil Halal

MGCSB dianugerahkan Sijil Halal

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 10 Julai – Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) telah mengambil langkah inisiatif untuk mencapai matlamat mereka bagi memenuhi keperluan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Sijil Halal bagi pembekalan makanan.

Syarikat tersebut baru-baru ini telah dianugerahkan Sijil Halal bagi perniagaan Perkhidmatan Katering Mashhor (MCD) yang beroperasi di luar pantai.

Menurut Pengurus MCD, Awang Suhas Sahu, permohonan Sijil Halal mengambil masa selama setahun dua bulan sejak 15 April 2015 untuk mendapatkan kelulusannya.

Menurutnya lagi, setelah melalui semua proses termasuk menyertai kursus dua hari dan pemeriksaan di Champion 7 luar pantai serta lawatan ke kawasan gudang MCD di Kuala Belait, akhirnya Kementerian Hal Ehwal Ugama Bandar Seri Begawan telah meluluskan permohonan itu pada 15 Jun lalu.

Sehubungan dengan itu, majlis penyerahan Sijil Halal berkenaan kepada Awang Suhas Sahu telah disempurnakan oleh Pengerusi MGCSB Malai Haji Abdul Hamid bin Haji Malai Mashhor semasa lawatan beliau ke pejabat gudang tersebut bersama para pengarah dan pegawai syarikat lainnya.

Malai Haji Abdul Hamid menyerahkan Sijil Halal kepada Awang Suhas Sahu.
Malai Haji Abdul Hamid menyerahkan Sijil Halal kepada Awang Suhas Sahu.

ARTIKEL YANG SAMA