MGCSB pastikan pekerja bebas dadah

MGCSB pastikan pekerja bebas dadah

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 22 Jan – Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB), baru-baru ini, telah melaksanakan pemeriksaan ujian air kencing bagi kakitangannya yang dikendalikan dengan kerjasama Biro Kawalan Narkotik (BKN) cawangan Belait, di ibu pejabat MGCSB, Seria.

Pegawai-pegawai BKN yang hadir bagi sesi pemeriksaan itu diketuai oleh Hajah Norhayani binti Abdullah dan ia dilaksanakan oleh Jabatan Korporat HSSE (Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar) MGCSB di bawah seliaan Pengurus HSSE, Awang Mohd Rizal bin Dr Haji Abdul Latif bersama Timbalan Pengarah Hal Ehwal Korporat MGCSB, Haji Osman bin Haji Omar.

Menurut Awang Mohd Rizal, pemeriksaan ujian air kencing ini adalah sebahagian daripada dasar atau polisi ‘Dadah & Alkohol’ syarikat berkenaan dan telah banyak dijalankan pada tahun-tahun yang lalu.

Pegawai-pegawai BKN bergambar ramai bersama warga MGCSB.
Pegawai-pegawai BKN bergambar ramai bersama warga MGCSB.

Tambahnya lagi, acara ini juga merupakan sebahagian daripada pelan HSE syarikat tersebut di mana ujian dilakukan ke atas kakitangan yang terlibat dalam projek ‘LRMC Tank Group and Rasau Station’ dan dihadiri oleh pegawai-pegawai HSSE dari Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd.

“MGCSB akan terus bekerja rapat dengan pihak BKN untuk memastikan bahawa kakitangan syarikat adalah bebas daripada pengaruh mana-mana penyalahgunaan dadah dan mematuhi standard tertinggi kesihatan dan keselamatan dan juga untuk mengekalkan persekitaran yang sihat, bebas dan produktif daripada dadah di tempat kerja,” jelas beliau.

ARTIKEL YANG SAMA