MH01 dilanda gegaran udara

MH01 dilanda gegaran udara

SEPANG, 6 Jun – Beberapa pe-numpang dan anak kapal cedera ringan apabila pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH01 dalam penerbangan dari London menuju ke Kuala Lumpur mengalami gegaran udara yang te-ruk ketika berada di ruang udara Teluk Bengal, hari ini.

Pesawat jenis Airbus A380 itu, bagaimanapun, selamat mendarat bersama 378 penum-pang dan anak kapal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pukul 6 petang Ahad.

Menurut kenyataan MAB, sejumlah kecil penumpang dan anak kapal yang cedera diberi rawatan oleh pegawai perubatan sebaik pesawat itu mendarat di KLIA.

Semasa melalui ruang udara Teluk Bengal, isyarat lampu tali pinggang keselamatan dinya-lakan ekoran gegaran udara. Susulan gegaran udara buat seketika beberapa penumpang mengalami kecederaan ringan, menurutnya.

Kenyataan itu menyebut MAB telah membantu kesemua penumpang dan anak kapal dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan keadaan cuaca yang di luar kawalan syarikat itu.

Seorang penumpang yang cedera semasa pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH01 mengalami gegaran udara ketika penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibawa dengan kerusi roda ke Bahagian Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya, kelmarin. – Bernama
Seorang penumpang yang cedera semasa pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH01 mengalami gegaran udara ketika penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibawa dengan kerusi roda ke Bahagian Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya, kelmarin. – Bernama

Seorang pegawai MAB, yang enggan mendedahkan jumlah penumpang dan anak kapal yang cedera, berkata syarikat itu akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan insiden itu.

Beberapa mesej aplikasi ‘Whatsapp’ sedang menjadi viral mengenai kejadian itu dengan satu daripadanya mendakwa empat penumpang dan enam anak kapal cedera manakala mesej lain menyatakan jumlah keseluruhan 34 orang mengalami kecederaan.

Sementara itu, kira-kira tujuh imej yang telah dikongsi di Facebook dan Whatsapp, menunjukkan troli makanan bertaburan di lantai dan laluan manakala unit ruang menyimpan barangan kecil kelihatan retak. – Bernama/AFP