MH370: Pakar penerbangan selaraskan penyiasatan

MH370: Pakar penerbangan selaraskan penyiasatan

PARIS, 3 Ogos (AFP) – Lima hari selepas penemuan serpihan sayap Boeing 777 di Pulau La Reunion, pakar-pakar penerbangan Perancis dan Malaysia mengadakan pertemuan dengan pihak polis dan majistret di Paris hari ini untuk menyelaraskan tugas mereka dalam penyiasatan ke atas kehilangan penerbangan MH370.

Penemuan berlaku selepas usaha mencari berterusan bagi lebih banyak serpihan-serpihan bangkai di pulau La Reunion tanpa petunjuk baru semalam, dengan pihak berkuasa berkata serpihan berlogam ditemui oleh penduduk-penduduk tempatan bukan datangnya dari pesawat udara.

Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman dan wakil-wakil dari Malaysia Airlines dan para pegawai kehakiman mengadakan pertemuan di kamar bicara tiga Majistret Perancis yang ditugas kepada kes itu.

Para penyiasat dar bahagian penyelidikan Air Transport Gendarmerie, Perancis dan wakil Biro Penyiasatan dan Penganalisis (BEA) akan juga hadir untuk menilai penemuan dan menyelaraskan penyiasatan lebih meluas.

Serpihan sayap (Flaperon) itu sedang diteliti di sebuah makmal tentera di barat daya bandar Perancis, Toulouse yang pakar dalam penyiasatan nahas pesawat udara, dengan keputusan dijangkakan pada Rabu tengah hari.

Azharuddin Abdul Rahman (tengah) ketika tiba di Mahkamah paris bagi pertemuan dengan para pakar penerbangan Perancis pada 3 Ogos 2015 di Paris. – AFP
Azharuddin Abdul Rahman (tengah) ketika tiba di Mahkamah paris bagi pertemuan dengan para pakar penerbangan Perancis pada 3 Ogos 2015 di Paris. – AFP

Kesimpulan seharusnya menentukan jika ia adalah serpihan dari Boeing 777 Malaysia Airlines Penerbangan 370 yang hilang dengan penuh misteri pada 8 Mac 2014 bersama 239 orang di dalamnya dan kemungkinan memberikan beberapa petunjuk kepada salah satu misteri terbesar penerbangan.

Para pegawai Malaysia mengesahkan ia adalah bahagian Boeing 777, menjadikannya hampir-hampir pasti ia adalah bahagian pesawat udara hilang itu kerana MH370 adalah satu-satunya Boeing 777 yang hilang di lautan.

Boeing, pengeluar pesawat udara AS, juga akan menghantar pasukan ‘teknikal’ untuk menyertai penyiasatan di Toulouse.

Flaperon akan dianalisis menggunakan kaedah fizikal dan kimia termasuklah ‘pengimbas mikroskop elektron yang boleh membesarkan sehingga 100,000 kali ganda’ untuk memahami bagaimana ia rosak, kata Pierre Bascary, bekas pengarah ujian di General Directorate for Armament, Perancis.