Miami keluarkan amaran wabak Zika

Miami keluarkan amaran wabak Zika

MIAMI, 5 Ogos – Dasar rasmi daripada kawasan sasaran dalam wabak Zika pertama Amerika adalah: bertenang, segalanya sudah terkawal.

Namun adalah sukar untuk tidak berasa bimbang apabila beberapa restoran meletak tin-tin penghalau kuman di atas meja.

Tumpuan kes jangkitan pertama negara Zika – bertentangan dengan kes yang berpunca daripada perjalanan ke kawasan yang dijangkiti Zika di luar negara – adalah sebahagian daripada kawasan seluas satu batu persegi di daerah seni dan restoran popular yang dikenali sebagai Wynwood. Lima belas kes telahpun dilaporkan.

Meskipun nada positif daripada pegawai perbandaran, yang mendapati kawasan terjejas telahpun diasapi secara menyeluruh, sesetengah perniagaan tidak mahu mengambil risiko.

Grace Della, pengasas Miami Culinary Tours, telah menghentikan penghantaran makanannya disebabkan bimbang keselamatan pekerja dan pelawat.

“Buat masa sekarang saya menghitung lebih 90 orang yang mengubah jadual perjalanan. Maka anda boleh bayangkannya untuk perniagaan, ia memberi kesan besar,” kata Della.

Pihak berkuasa kesihatan AS mengeluarkan amaran perjalanan pada Isnin untuk kawasan terjejas di Wynwood, menggesa wanita mengandung supaya jangan mengunjungi kawasan tersebut.

Virus itu mengakibat kecacatan kelahiran microcephaly, di mana anak damit dilahir dengan kepala dan otak yang amat kecil.

Amaran itu mendorong Wynwood Yard, pusat kebudayaan yang menganjur konsert dan aktiviti luar dan memaparkan restoran, juga ditutup. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA