Micale pimpin Brazil di Olimpik Rio

Micale pimpin Brazil di Olimpik Rio

RIO DE JANEIRO, 16 Jun (AFP) – Jurulatih pasukan bawah 20 tahun Brazil, Rogerio Micale akan mengendalikan Selecao di Olimpik Rio, Ogos nanti, menurut Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) semalam.

“Senarai awal membabitkan 35 pemain dan 12 kakitangan kejurulatihan akan dihantar ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam masa terdekat ini,” kata CBF menerusi satu kenyataan, semalam.

“Senarai akhir 18 pemain pula akan diumumkan pada 29 Jun dan sidang media bersama Rogerio akan diadakan di ibu pejabat CBF pada jam 11 pagi.

“Pasukan akan menjalani latihan dan persiapan di Pusat Latihan Comary Granja bermula 18 Jun.”

Micale yang akan mengendalikan skuad Brazil di Sukan Olimpik Rio nanti. – AFP
Micale yang akan mengendalikan skuad Brazil di Sukan Olimpik Rio nanti. – AFP

Kapten Brazil, Neymar akan mengetuai skuad Brazil di Olimpik Rio selepas mencapai persetujuan bersama Barcelona untuk tidak beraksi pada Copa America Centenario.

Pemain sayap Bayern Munich, Douglas Costa yang terlepas aksi Copa America Centenario berikutan kecederaan mengharapkan untuk menyertai Neymar mengisi kekosongan dua lagi slot pemain berusia lebih 23 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA