Michael Fallon temui anggota batalion Gurkha

Michael Fallon temui anggota batalion Gurkha

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Setiausaha Pertahanan Britain, Michael Fallon MP, baru-baru ini, telah mengadakan lawatan ke negara ini bagi perbincangan bersama Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, dan bertemu dengan penghuni batalion infantri dan kakitangan sokongan di Brunei Garisson, Seria.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Brunei di Negara Brunei Darussalam, dalam lawatan berkenaan Michael Fallon MP mendengar taklimat, menyaksikan demonstrasi keupayaan dan membuat lawatan, di mana beliau merasmikan blok penginapan terbaru, yang mengandungi 32 flat.

Fallon dipetik sebagai berkata; “Blok ini hanyalah salah satu elemen daripada program kerja yang lebih besar untuk menyediakan kemudahan-kemudahan baru bagi kakitangan United Kingdom (UK) yang berpangkalan di sini.

“Program ini akan memberikan penambah baikkan besar kepada kemudahan-kemudahan domestik dan teknikal yang disediakan kepada angkatan bersenjata,” jelasnya.

Dalam lawatan itu, beliau juga menikmati jamuan tengah hari bersama keluarga-keluarga Gurkha, yang mana ia merupakan lawatan yang sungguh memilukan berikutan gempa bumi di Nepal baru-baru ini dan ketika sambutan ulang tahun ke-200 perkhidmatan Gurkha kepada Diraja British.

pg08_150603_f

Fallon ketika merasmikan blok penginapan baru.
Fallon ketika merasmikan blok penginapan baru.
Fallon turut mengadakan kunjungan muhibah kepada Dato Paduka Haji Mustappa.
Fallon turut mengadakan kunjungan muhibah kepada Dato Paduka Haji Mustappa.

“Kita mempunyai perhubungan pertahanan yang berpanjangan dengan Brunei, dan saya gembira dapat melihat sendiri kekuatan dan keupayaan 1 Royal Gurkha Rifles, yang ditugaskan di negara ini. Penyusunan Garisson yang diperbaharui ini akan meningkatkan kerjasama pertahanan kita dengan Brunei, membuka peluang-peluang baru untuk bekerjasama di rantau Asia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fallon turut mengadakan kunjungan muhibah kepada Dato Paduka Haji Mustappa, di mana kedua-duanya membincangkan hubungan pertahanan di antara kedua-dua buah negara dan mengenai cara-cara praktikal untuk meningkatkan kerjasama di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan British Brunei (BFB).

Di samping itu, mereka turut membincangkan mengenai perkembangan antarabangsa dan serantau.

ARTIKEL YANG SAMA