Michael Kors perkenalkan jam tangan pintar

Michael Kors perkenalkan jam tangan pintar

LONDON, 7 Sept – Michael Kors (NYSE: KORS), sebuah jenama gaya hidup mewah bertaraf dunia, amat teruja untuk memperkenalkan paparan jam tangan pintar MICHAEL KORS ACCESS, sebahagian daripada barisan aksesori teknologi boleh pakai mereka yang baharu.

Barisan ini menjurus ke arah pengguna yang mengutamakan fesyen dan menggabungkan teknologi berinovatif dengan gaya yang luar biasa daripada seorang pemimpin dalam fesyen mewah.

Teknologi serba canggih itu di tengah-tengah jam tangan pintar MICHAEL KORS ACCESS, yang serasi dengan kedua-dua telefon iPhone dan Android, dapat dilakukan melalui satu kerjasama dengan Google, dengan menggunakan platform jam tangan pintar Android Wear.

Direka untuk memaparkan bahawa teknologi dan perhubungan sosial perlu menjadi lancar, barisan MICHAEL KORS ACCESS, yang juga termasuk pengesan aktiviti, membuktikan bahawa akses boleh menjadi glamor dan tanpa memerlukan tenaga.

“Pelanggan kami sukakan fesyen dan mereka berhubungan 24 jam sehari,” kata Michael Kors. “Saya fikir mereka akan menghargai mempunyai sambungan sosial dan kesihatan dan pengesanan kecergasan kesemuanya di dalam aksesori yang kelihatan anggun.”

Jam tangan pintar MICHAEL KORS ACCESS menawarkan ciri-ciri yang disesuaikan yang bertepatan untuk peminat mereka. – Bernama