Michael Kors umum perkongsian dengan McLaren-Honda

Michael Kors umum perkongsian dengan McLaren-Honda

LONDON, 23 Jun (Bernama) – Michael Kors, satu jenama gaya hidup mewah bertaraf dunia, amat gembira untuk mengumumkan satu perkongsian baharu dengan McLaren-Honda, dan dengan itu secara rasminya menjadi rakan kongsi gaya hidup bagi pasukan kejohanan dunia Formula 1.

Kedua-dua McLaren-Honda dan Michael Kors meraikan reka bentuk dan kelajuan, dengan perkongsian itu mengukuh dan menguatkan penjelmaan kedua-dua jenama gaya hidup yang pantas dan mewah.

“Michael Kors dan McLaren-Honda adalah perintis di dalam ruang masing-masing, dan kami penuh yakin bahawa McLaren-Honda adalah rakan kongsi yang tepat bagi kemasukan kami ke dalam dunia perlumbaan Formula 1,” kata John D. Idol, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Michael Kors.

“Ini adalah satu masa yang menarik buat kami, terutamanya ketika kami terus berkembang sebagai satu jenama gaya hidup lelaki.”

Penonton Formula 1 adalah sesuatu yang baharu untuk Michael Kors, dengan menyediakan satu peluang utama bagi membiasakan pengguna Eropah dengan semua aspek dalam dunia Michael Kors.

Selain itu, jenama McLaren-Honda yang menjadi legenda itu dan pemandu Formula 1 mereka yang terkenal adalah merupakan representasi yang luar biasa bagi lelaki Michael Kors — canggih, bersifat antarabangsa dan berjaya, dengan tahu menikmati kehidupan yang penuh dengan keseronokan, pelbagai aktiviti dan tidak gusar kepada aksi bahaya.

ARTIKEL YANG SAMA