Michel Platini ambil pendekatan berhati-hati

Michel Platini ambil pendekatan berhati-hati

FBL-FIFA-PLATINI-FILESZURICH, 1 Okt (Reuters) – Negara-negara utama menyokong bos bola sepak Eropah Michel Platini (gambar) tatkala bakal presiden FIFA itu menyerapkan lebih banyak pendekatan berhati-hati terhadap bidaannya, sementara pihak berkuasa Switzerland melakukan penyiasatan rasuah terhadap badan induk bola sepak dunia itu terhadap pembayaran AS$2 juta yang dibuat kepadanya.

Penerima taruhan meragukan Platini untuk memenangi undian pada Februari depan yang dipanjangkan sejak Jumaat lalu, apabila polis Switzerland meletakkan presiden Sepp Blatter di bawah penyiasatan jenayah dan mendakwanya melakukan “pembayaran tidak sah” bernilai $2 juta Swiss franc (AS$2.05 juta) kepada Platini untuk tugas yang dilakukan di antara Januari 1999 dan Jun 2002.

Platini dan Blatter menafikan sebarang salah laku terhadap tuduhan itu, sebahagian dari skandal yang mula terdedah pada Mei lalu apabila 14 pegawai bola sepak dan eksekutif pemasaran didakwa di Amerika Syarikat kerana rasuah, pembersihan wang dan penipuan menerusi atas talian.

Tetapi sejumlah persekutuan berkata mereka mungkin mengkaji semula sokongan bagi Platini bergantung ke atas keputusan penyiasatan terhadap pembayaran tersebut.

Sambil tidak memberikan sokongan mereka bagi Platini, Persekutuan Inggeris, Jerman dan Itali menyuarakan kebimbangan terhadap dakwaan itu sementara FA Sweden berkata kes itu mungkin campur tangan dengan sokongan mereka.

Persekutuan bola sepak Eropah, UEFA berkata Platini sudah pun mengadakan pertemuan bersama-sama penyiasat sebagai saksi, tetapi pada Selasa lalu, Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber berkata Platini digambarkan sebagai “di antara saksi dan orang terdakwa”.

Platini semalam berkata penangguhan sembilan tahun di antara tugasnya sebagai penasihat kepada Blatter dan pembayaran itu, adalah kerana FIFA tidak mampu untuk membayar gaji sepenuhnya pada 2002 kerana masalah kewangan mereka.

Laporan kewangan FIFA, 2002 memetik 115 juta Swiss Franc berlebihan bagi tempoh 1999-2002.

FA England mengeluarkan kenyataan selepas mesyuarat semalam, menggelarnya ia secara sebulat suara menyokong Platini pada Julai lalu.

“Kami melakukannya kerana kami merasakan dia adalah seorang presiden UEFA yang cemerlang dan akan membawa kualiti kepimpinan yang sama kepada FIFA. Kami masih perlu melihat.

“Bagaimanapun, sejak beberapa hari kebelakangan telah membangkitkan beberapa isu yang memerlukan kajian penuh. Kami mengikuti penyiasatan yang berlanjutan dilakukan oleh Peguam Negara Switzerland di mana Platini bekerjasama sepenuhnya.”