Michel Platini bukan calon sesuai

Michel Platini bukan calon sesuai

PARIS, 30 Julai (AFP) – Putera Ali Bin Al Hussein menyifatkan Michel Platini yang mengesahkan bertanding jawatan Presiden FIFA tahun depan, ‘tidak bagus untuk bola sepak serta peminat dan pemain berhak untuk mendapat yang lebih baik’.

Putera Raja Jordan itu yang tewas kepada Sepp Blatter dalam pemilihan presiden badan induk bola sepak dunia itu sebelum ini berkata, Platini, yang dilihat sebagai calon hebat, bukanlah individu selayaknya untuk menjaga hal ehwal sukan antarabangsa.

“Platini tidak bagus untuk FIFA. Bola sepak dan pemain berhak mendapat yang lebih baik,” kata beliau dalam satu kenyataan. “FIFA sedang berdepan skandal. Kita mesti berhenti melakukan perkara seperti biasa. Saya percaya bahawa suara-suara individu Persekutuan Bola Sepak mesti didengar.

“Dalam minggu yang akan datang, saya akan berunding dengan mereka mengenai apa yang terbaik demi kepentingan bola sepak. “Apa yang jelas adalah FIFA perlu pembaharuan, kepimpinan yang bebas, tidak dicemar oleh perilaku lalu,” kata Putera Ali.

Putera Ali Bin Al Hussein (kanan) dan Michel Platini semasa di Zurich 29 Mei lalu. – AFP
Putera Ali Bin Al Hussein (kanan) dan Michel Platini semasa di Zurich 29 Mei lalu. – AFP

Platini mengesahkan beliau akan bertanding pilihan raya February 2016 pada Rabu sekali gus mengakhiri spekulasi sama ada bekas pemain Perancis berusia 60 tahun akan bertanding untuk mencari pengganti kepada Blatter yang terkepung. Ironinya Platini menyokong Putera Ali apabila dia menentang Blatter Mei lalu tetapi menarik diri selepas pusingan pertama selepas memperoleh 73 undi, kurang 60 undi daripada warga Switzerland itu.

Blatter memutuskan untuk berundur sejurus selepas dipilih semula sebagai presiden pada Jun selepas FIFA dilanda skandal rasuah. Minggu lalu beliau mengumumkan pilihan raya untuk penggantinya akan diadakan pada 26 Februari 2016.

Platini pula secara rasmi mengumumkan pencalonannya dalam surat kepada presiden dan Setiausaha Agung 209 negara ahli FIFA dan telah diumumkan kepada orang ramai oleh UEFA.

ARTIKEL YANG SAMA