Michel Platini hadiri kongres UEFA di Athens

Michel Platini hadiri kongres UEFA di Athens

Switzerland FIFA Investigation BlatterPARIS, 8 Sept – Bekas Presiden Persatuan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini (gambar) akan menghadiri kongres badan induk itu di Athens, minggu depan menerusi jemputan, namun dia akan membayar sendiri kos perjalanannya.

Platini ‘akan berkunjung ke sana menerusi perbelanjaan sendiri dan tidak akan diberikan sidang media’ di kongres yang mana Jawatankuasa Eksekutif UEFA mengundi untuk memilih penggantinya, kata seorang daripada rakannya kepada wartawan AFP.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu yang juga pemain terbaik Eropah tiga kali dituduh sebagai watak utama dalam skandal yang membawa kepada kejatuhan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter.

Platini dituduh menerima bayaran 2 juta Swiss franc daripada badan induk dunia itu yang diluluskan oleh Blatter pada 2011. FIFA berkata bayaran itu melanggar etika dan menggantung kedua-duanya selama enam tahun.

Blatter dan Platini begitupun menegaskan pembayaran itu sah sebagai bayaran tertunggak yang dihutang oleh FIFA atas kerja yang dilakukan sedekad sebelum itu.

Platini gagal dalam rayuan CAS terhadap pengharaman FIFA awal tahun ini, tetapi mahkamah mengurangkan penggantungannya kepada empat tahun.

Ketika dihubungi AFP untuk bertanya jika kehadiran Platini di Kongres boleh mewakili pelanggaran larangannya, jurucakap FIFA hanya menjawab bahawa penyertaannya ‘tanpa permohonan terlebih dahulu akan bermasalah’. Tiada permohonan dibuat kepada FIFA sehingga petang Rabu.

“Memandangkan tarikh pilihan raya kongres telah lama diketahui, mengapa UEFA tidak menghantar permohonan lebih awal?” tanya jurucakap FIFA.

Di Athens, 55 ahli gabungan UEFA akan mengundi di antara dua calon yang akan menggantikan Platini iaitu Aleksander Ceferin dari Slovenia dan Michael van Praag dari Belanda. – AFP