Michelin naikkan harga tayar

Michelin naikkan harga tayar

PARIS, 26 Julai – Pembuat tayar Perancis, Michelin berkata hari ini ia telah menaikkan harga di Britain untuk menjejak penghasilan tayar dalam pasaran gelap sebagai respons atas kejatuhan mata wang pound berikutan undian Brexit.

Pengarah kewangan syarikat itu, Marc Henry berkata impak langsung kepada Michelin dari Britain meninggalkan Kesatuan Eropah tidaklah sangat besar, namun menyedari bahawa ia telah menaikkan harga di sana untuk ‘mengelak pewujudan pasaran sama’ bagi tayarnya.

Pound menjunam berikutan keputusan yang tidak dijangkakan bulan lalu mengenai pengundian Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

Bagaimanapun menurut Henry, Michelin lebih bimbang tentang ‘impak Brexit ke atas aktiviti ekonomi global’.

Presiden Lembaga Eksekutif Michelin, Jean-Dominique Senard selepas sidang akhbar untuk menyatakan keputusan separuh pertama kumpulan itu pada 26 Julai di Paris. – AFP
Presiden Lembaga Eksekutif Michelin, Jean-Dominique Senard selepas sidang akhbar untuk menyatakan keputusan separuh pertama kumpulan itu pada 26 Julai di Paris. – AFP

Sejauh ini tahun ini, Michelin masih lagi dapat merangsang keuntungannya meskipun hasilnya jatuh sedikit.

Keuntungan bersih meningkat sembilan peratus kepada 769 juta euro (AS$847 juta) dalam separuh pertama tahun ini, dengan syarikat itu berkata program penjimatan kos diperhitungkan sebanyak 155 juta euro.

Hasil jatuh sedikit sebanyak dua peratus kepada 10.3 bilion euro, walaupun jumlah jualan meningkat 2.5 peratus.

Michelin berkata permintaan kukuh dari pengilang kereta di Eropah, Amerika Utara dan China, sementara penjualan bagi tayar ganti juga meningkat naik. – AFP