Michigan darurat

Michigan darurat

WASHINGTON, 17 Jan – Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di Michigan bagi menyalurkan bantuan persekutuan ke kawasan yang terjejas akibat bekalan air tercemar.

Pihak berkuasa di negeri itu berdepan krisis kesihatan serius bekalan air dicemari plumbum akibat langkah pengurangan kos yang dilaksanakan di bandar raya Flint dengan 100,000 penduduk itu.

Masalah timbul selepas pegawai negeri tidak mempedulikan amaran kesihatan selama beberapa bulan mengenai air berbau apabila penduduk mengadu ia menyebabkan mereka jatuh sakit.

Khamis lalu, Gabenor Michigan, Rick Snyder, menyerahkan permohonan kepada presiden supaya mengisytiharkan darurat.

Warga mengambil air botol dari Bank Makanan Bank Timur Michigan untuk diberikan ke sekolah selepas paras plumbum yang tinggi ditemui dalam air di bandar Flint. - Reuters
Warga mengambil air botol dari Bank Makanan Bank Timur Michigan untuk diberikan ke sekolah selepas paras plumbum yang tinggi ditemui dalam air di bandar Flint. – Reuters

Sebagai sebahagian pemotongan kos, bandar raya itu mula mendapatkan air dari Sungai Flint pada April 2014 daripada terus membeli dari Detroit.

“Obama mengisytiharkan darurat di Michigan dan mengarahkan bantuan persekutuan untuk membantu usaha kerajaan negeri,” menurut kenyataan Rumah Putih. – AFP