Mick ikut jejak bapa

Mick ikut jejak bapa

BERLIN, 5 Okt (AFP) – Nama Schumacher dilihat terus dalam sukan bermotor selepas Mick Jr, anak lelaki kepada juara dunia tujuh kali Formula Satu, menamatkan kemunculannya di kedudukan ke-10 pada keseluruhannya dalam Formula Empat semalam.

“Musim yang menyeronokkan,” pemandu berusia 16 tahun itu memberitahu badan penyiaran Jerman, Sport1, “Kami perlu melihat pada tahun depan.”

Ayahnya menikmati 91 kemenangan dan 155 penyudah di podium sepanjang kerjayanya dalam Formula Satu dan perkenalan Mick Jr itu kepada sukan bermotor adalah lebih sederhana.

Anak Michael Schumacher kini aktif berlumba di Formula Empat. – AFP
Anak Michael Schumacher kini aktif berlumba di Formula Empat. – AFP

Sejak 24 perlumbaan musim ini, di lapan tempat, Schumacher Jr menamatkan podium dua kali bagi pasukan Belanda, Van Amersfoort Racing, tetapi kebanyakan pesaingnya memiliki beberapa tahun pengalaman pada peringkat ini ketika Marvin Dienst, 18, memenangi siri perlumbaan itu.

Selepas kemenangan di litar Oschersleben, Jerman dalam perlumbaan ketiga pada hujung minggu April lalu, apabila dia memenangi trofi amatur terbaik Schumacher Jnr mengalami beberapa kekecewaan.

Dia mampu untuk menamatkan kedudukan ketiga apabila siri Formula Empat kembali ke Oschersleben pada September lalu dan penyudah tertingginya dalam tiga perlumbaan di Hockenheim hujung minggu ini adalah di tempat kelima.