Mickelson: Padang Oakmont satu yang sukar

Mickelson: Padang Oakmont satu yang sukar

MEMPHIS, Amerika Syarikat, 9 Jun – Juara lima kali gelaran major, Phil Mickelson memberitahu lapangan golf di Oakmont Country Club, gelanggang Terbuka Amerika Syarikat (AS) minggu depan adalah lokasi paling sukar pernah dia bermain.

“Saya bermain di Oakmont sejak dua hari lalu. Ia benar-benar, saya fikir, lapangan golf paling sukar pernah kami bermain,” kata Mickelson kepada wartawan di sini menjelang kejohanan FedEX St. Jude Classic.

“Mereka membenarkan rumput tumbuh dengan kasar dan panjang. Jika keadaannya basah, mereka akan membiarkannya seperti itu, jika ia kering, mereka akan menipiskan kerana kurang kurang bola akan melalui kawasan fairway.”

Oakmont terkenal dengan ujian yang getir kepada pemain-pemain.

Phil Mickelson yang telah memenangi kejohanan major sebanyak lima kali. – AFP
Phil Mickelson yang telah memenangi kejohanan major sebanyak lima kali. – AFP

Kali terakhir ia menganjurkan Terbuka AS pada 2007 dengan pemain Argentina Angel Cabrera memenanginya dengan keputusan lima atas par 285.

Mickelson, 45, ketika ini berusaha untuk mengucup trofi pertama Terbuka AS selepas enam kali menamatkan saingan sebagai naib juara sebelum ini.

“Dalam banyak-banyak lapangan golf, apabila ia memberi cabaran kepada kamu bermula di tee dan green seperti Oakmont lakukan, ia selalunya mempunyai sedikit geseran di green.

“(Namun) kami tidak benar-benar merasainya di Oakmont, ada beberapa tempat yang benar-benar beralun, pantas dan sukan melakukan putt di green,” katanya. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA