Micronet sambut pelajar baru

Micronet sambut pelajar baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) baru-baru ini telah mengalu-alukan pelajar baru pengambilan Mac 2016 serta mereka yang pulang daripada cuti sekolah dalam Orientasi Khas yang diadakan di kampus kolej Jerudong dan Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas.

Acara yang berlangsung selama dua hari itu diisikan dengan pelbagai aktiviti untuk pelajar dan kakitangan yang turut diadakan mengembangkan idea dan kreativiti mereka tatkala kolej menganjur aktiviti kerja seni.

Pada hari pertama di Kampus Jerudong, pensyarah menyampaikan taklimat mengenai peraturan kolej dan aktiviti luar kurikulum.

Warga Kolej Antarabangsa Micronet bergambar ramai.
Warga Kolej Antarabangsa Micronet bergambar ramai.

Hari kedua membawa para pelajar ke Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas untuk beberapa siri aktiviti luar dan permainan pasukan strategik. Ia diikuti dengan makan tengah hari dan penyampaian Anugerah Merit Khas kepada pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam semester mereka sebelumnya.

Permainan dan acara Lip Sync Battles juga diadakan untuk menceriakan suasana ketika makan tengah hari, dan hadiah khas serta hadiah percuma juga diberikan kepada peserta.

Acara tersebut merupakan satu peluang untuk memberi inspirasi kepada pelajar bagi memperoleh kecemerlangan akademik tanpa mengetepikan kegiatan menyeronokkan.