Microsoft beli Wunderlist

Microsoft beli Wunderlist

SAN FRANCISCO, 3 Jun (AFP) – Microsoft berkata semalam ia telah membeli 6Wunderkinder GmbH, firma baru berpangkalan di Berlin yang berada di sebalik aplikasi senarai Wunderlist.

“Tambahan Wunderlist kepada portfolio produk Microsoft bersesuaian dengan cita-cita kami untuk mencipta semula produktiviti untuk dunia peranti terlebih dahulu,” kata Eran Megiddo, pengurus besar OneNote, Microsoft, dalam siaran blog.

“Kami berasa gembira untuk mengalu-alu kumpulan Wunderlist untuk menyertai Microsoft dan tidak sabar-sabar untuk menambah kehadiran kami dalam arena teknologi Berlin.”

Butir-butir kewangan pemerolehan tidak didedahkan, tetapi satu laporan Wall Street Journal menilainya di antara AS$100-AS$200 juta.

Wunderlist dilancarkan hampir lima tahun lalu dan mempunyai lebih daripada 13 juta pengguna.